Pilihan gelintaran lanjutan

Pilihan gelintaran lanjutan

Gunakan simbol untuk mengubahsuai gelintaran anda dan membantu mengecilkan hasil gelintaran anda.

Tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan apa yang anda cari. Gunakan simbol berikut untuk mengubah suai dengan cepat istilah gelintaran anda atau fungsi gelintaran:

Simbol Fungsi
+ Mencari laman web yang mengandungi semua istilah yang bermula dengan simbol +. Juga membolehkan anda menyertakan istilah yang biasanya diabaikan.
" " Mencari perkataan yang tepat dalam frasa.
() Mencari atau mengecualikan laman web yang mengandungi kumpulan perkataan.
DAN atau & Mencari laman web yang mengandungi semua istilah atau frasa.
TIDAK atau Mengecualikan laman web yang mengandungi istilah atau frasa.
ATAU atau | Mencari laman web yang mengandungi sama ada istilah atau frasa.
Nota
  • Secara lalainya, semua gelintaran adalah gelintaran AND.
  • Anda mesti menjadikan operator NOT dan OR huruf besar. Jika tidak, Bing akan mengabaikannya sebagai perkataan henti, iaitu perkataan dan nombor yang biasa berulang yang dikeluarkan untuk mempercepatkan gelintaran teks penuh.
  • Perkataan henti dan semua tanda baca, kecuali simbol yang dinyatakan dalam topik ini diabaikan melainkan ia diapit dengan tanda petikan atau bermula dengan simbol +.
  • Hanya 10 istilah pertama digunakan untuk mendapatkan hasil gelintaran.
  • Pengumpulan istilah dan operator Boolean disokong dalam susunan pilihan berikut:
    • ()
    • ""
    • TIDAK– +
    • AND &
    • OR |
  • Oleh kerana OR merupakan operator dengan keutamaan terendah, sertakan istilah OR dalam kurungan apabila digabungkan dengan operator lain dalam gelintaran.
  • Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Kata kunci gelintaran lanjutan
Keutamaan Operator

See more videos...