Sekat kandungan dewasa dengan CarianSelamat

Sekat kandungan dewasa dengan CarianSelamat

Pilihan untuk menapis teks, imej dan video dewasa daripada hasil carian anda.

CarianSelamat membantu menyingkirkan kandungan dewasa dalam hasil carian anda. Terdapat cara berbeza untuk anda menghidupkan GelintaranSelamat:

  • Bagi akaun individu, pilih pilihan GelintaranSelamat pada halaman Tetapan.
  • Sekolah di Amerika Syarikat boleh mendaftar untuk program kelas Bing.
  • Pada tahap rangkaian, petakan www.bing.com ke strict.bing.com.
  • Bagi PC individu, petakan www.bing.com ke strict.bing.com.

Kami akan maklumkan lebih lanjut tentang cara untuk melaksanakan GelintaranSelamat menggunakan setiap kaedah di atas.

Laraskan penapis GelintaranSelamat andaexpando image
  1. Pada halaman Tetapan, klik salah satu daripada penapis GelintaranSelamat:
    • Tegas menapis teks, imej dan video dewasa daripada hasil carian anda.
    • Sederhana menapis imej dan video dewasa tetapi bukan teks daripada hasil carian anda. Ini adalah tetapan lalai.
    • Tutup tidak menapis kandungan dewasa.
  2. Klik Simpan.

Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda. Cara ini yang paling mudah untuk menghidupkan GelintaranSelamat dan GelintaranSelamat boleh dimatikan bila-bila masa.

Daftar untuk Bing dalam Kelas (sekolas AS) expando image

Bing dalam Kelas merupakan program percuma bagi sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah yang mendaftar dengan Bing dijamin dengan hasil GelintaranSelamat yang ketat dan tiada iklan.

Peta pada tahap rangkaianexpando image

Jika anda ingin menjamin hasil GelintaranSelamat yang ketat bagi semua pengguna di rangkaian anda, di penghala anda atau petakan pelayan proksi www.bing.com ke strict.bing.com. Strict.bing.com akan menjamin hasil GelintaranSelamat yang ketat akan dikembalikan untuk semua pertanyaan ke IP ini dan kawalan GelintaranSelamat dilumpuhkan.

Kami mengesyorkan kaedah ini sebagai cara terbaik untuk sekolah yang tidak menyertai program Bing dalam Kelas untuk menjamin hasil GelintaranSelamat yang ketat. Pengguna di rumah atau pengguna yang berniaga yang ingin menjamin hasil GelintaranSelamat ketat juga dialu-alukan untuk menggunakan kaedah ini.

Untuk memaksa GelintaranSelamat ke rangkaian anda, anda perlu mengemaskini konfigurasi DNS anda. Tetapkan kemasukan DNS bagi www.bing.com menjadi CNAME bagi strict.bing.com. Anda perlu menggunakan CNAME dan bukan IP strict.bing.com kerana CNAME akan terus berfungsi walaupun IP bagi strict.bing.com berubah. Dengan menukar DNS, hasil akan terus kelihatan kepada pengguna seperti hasil normal daripada www.bing.com tetapi hasil GelintaranSelamat yang ketat dijamin.

Kami tidak mengesyorkan menyekat IP www.bing.com kerana tindakan ini boleh menyebabkan impak yang buruk dengan menyekat domain Microsoft yang lain.

Peta bagi PC individuexpando image

Jika anda ingin menjamin hasil carian selamat yang ketat bagi PC yang sedia ada, anda boleh berbuat demikian dengan memetakan www.bing.com ke strict.bing.com. Misalnya, jika anda merupakan ibu atau bapa dan ingin menjamin hasil carian selamat pada PC anak anda, kaedah ini akan berhasil. Hanya pengguna yang merupakan pentadbir PC boleh membuat asal perubahan ini.

Untuk membuat perubahan ini:

  1. Di Windows, klik kekunci Windows dan taip "Notepad."
  2. Klik kanan pada Notepad dan pilih Jalan sebagai Pentadbir.
  3. Klik Ya apabila Windows meminta anda jika anda mahu program ini melakukan perubahan.
  4. Buka fail hos. Dalam kebanyakan pemasangan Windows, fail ini terletak di: C:\Windows\System32\drivers\etc\hosts
  5. Klik kekunci Windows, taip "cmd" dan tekan enter.
  6. Taip "ping strict.bing.com" dan ambil perhatian IP yang terhasil. IP itu akan kelihatan seperti ini: 204.79.197.220
  7. Cipta entri pada hujung fail hos yang kelihatan sebegini: 204.79.197.220 www.bing.com
  8. Simpan fail. Windows akan menggunakan strict.bing.com untuk menjamin hasil GelintaranSelamat yang ketat pada PC ini.

Jika Windows dipasang di lokasi berbeza di PC anda, anda boleh mencari fail hos dengan menaip perkara berikut pada gesaan perintah: cd /d %systemroot%\system32\drivers\etc.

NOTA: Fail hos memerlukan IP sebenar untuk strict.bing.com berbanding CNAME. Jika CNAME digunakan, fail hos tidak akan mengubah hala ke IP strict.bing.com.

Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Laporkan kebimbangan
Ketahui selanjutnya tentang GelintaranSelamat (Inggeris)

See more videos...