Mengenai keselamatan peribadi untuk Tempat Saya

Mengenai keselamatan peribadi untuk Tempat Saya

Nasihat untuk membantu anda kekal selamat apabila mencipta tempat pada Peta Bing. Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun tidak seharusnya mencipta tempat.

Tempat awam boleh dicari dan dipaparkan sebagai hasil yang disumbangkan oleh pengguna. Jika anda membuat senarai tempat persendirian, tempat ini tidak boleh dicari tetapi anda masih boleh mengongsi alamat webnya. Oleh kerana tempat awam tersedia kepada semua orang di internet, ambil beberapa langkah keselamatan semasa anda menyimpannya.

Sila baca Tatakelakuan Windows untuk memastikan anda mengikuti garis panduan. Kanak-kanak berumur bawah 13 tahun tidak seharusnya mencipta tempat.

Gunakan logik dan ikut nasihat untuk membantu anda kekal selamat:

  • Sentiasa pertimbangkan keselamatan anda: Jangan siarkan sebarang maklumat yang anda tidak mahu dibaca oleh orang yang tidak dikenali. Pertimbangkan juga keselamatan keluarga dan rakan.
  • Lindungi identiti anda: Jangan sertakan nama sebenar anda, nama sekolah, nama pasukan, tempat anda bekerja atau sebarang maklumat lain yang mungkin digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi.
  • Lindungi alamat rumah anda: Jangan beritahu tempat tinggal anda kepada orang yang tidak dikenali.
  • Biarkan jadual peribadi anda peribadi: Jangan beritahu orang yang tidak dikenali waktu anda berseorangan di rumah.
  • Periksa foto anda: Pastikan foto anda tidak mengandungi nombor rumah, nombor pendaftaran kenderaan atau butiran lain yang boleh dikenal pasti.
  • Semak data tersembunyi: Pastikan metadata atau sifat foto anda tidak mengandungi maklumat yang mungkin digunakan untuk mengenal pasti anda secara peribadi.
  • Semak pautan anda: Jangan paut ke tapak web atau blog yang mengandungi maklumat yang mungkin membantu mengenal pasti anda.
  • Bantu pastikan semua orang selamat: Jangan menyertakan atau memaut sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti orang lain dan jangan biarkan orang lain menyertakan atau memaut maklumat peribadi anda.

Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Jejaki apa yang anda temui
Hantar maklum balas atau laporkan kebimbangan

See more videos...