Mengenai Bar Bing

Mengenai Bar Bing

Gelintar web, semak e-mel anda, dapatkan laporan trafik, sembang dengan rakan Facebook, dan banyak lagi dengan Bar Bing.

Anda boleh menggunakan versi terkiniBar Bing untuk menggelintar web, semak e-mel anda, lihat ramalah cuaca, dapatkan laporan trafik, lihat kemas kini Facebook, dan banyak lagi.

Ciri-ciri

  • Dapatkan akses cepat kepada berita terkini, tajuk berita, dan kandungan daripada Bing Berita, keadaan cuaca dan ramalan untuk berbilang bandar di seluruh dunia, semak peti masuk Outlook.com anda, ikuti perkembangan terkini rakan anda pada Facebook, dan banyak lagiĀ —tanpa meninggalkan halaman web yang anda layari sekarang.
  • Gelintar web daripada sebarang tapak web. Untuk maklumat lanjut, lihat Gelintar web .
  • Dapatkan pemberitahuan tentang ciri-ciri, kandungan baru, dan perkara lain yang anda sukai semasa menyemak imbas web. Untuk maklumat lanjut, lihat Kekal termaklum dengan isyarat Bar Bing.
  • Sertai Ganjaran Bing dan peroleh kredit untuk mendapatkan ganjaran hebat hanya dengan menggelintar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Soalan Lazim Ganjaran Bing (Inggeris).

Keperluan sistem

  • Windows 7 atau kemudian, Windows Vista
  • Internet Explorer 7 atau lebih baru
  • 100 MB ruang bebas cakera keras
Nota
  • Jika anda sedang menggunakan Windows 8, pergi ke desktop untuk menggunakan Bar Bing.
  • Selepas pemasangan, Bar Bing muncul di bahagian atas setiap tetingkap Internet Explorer apabila anda menyemak imbas web.
  • Jika anda tidak melihat ciri-ciri yang diterangkan di sini, anda mungkin tidak mempunyai versi terkiniBar Bing. Untuk memasang, pergi ke Halaman muat turun Bar Bing.
  • Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Pasang Bar Bing
Tidak dapat melihat Bar Bing

See more videos...