Lihat peta jalan daripada Bar Bing

Lihat peta jalan daripada Bar Bing

Lihat peta, dapatkan arahan pemanduan dan maklumat trafik pada Bar Bing.

Dengan butang Peta pada Bar Bing, anda boleh melihat peta jalan dan udara daripada Peta Bing. Dapatkan maklumat trafik, alamat peta, dan arahan memandu—semuanya tanpa meninggalkan halaman web yang anda layari sekarang.

Lihat petaexpando image
  1. Klik butang Peta Imej butang Peta pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Lakukan satu atau lebih daripada yang berikut:
    • Untuk melangkau ke lokasi tertentu, taipkan alamat dalam kotak di atas peta dan kemudian klik Gelintar.
    • Untuk menyorot peta ke lokasi baru, klik dan seret pada peta.
    • Untuk zum masuk atau keluar, klik butang tambah dan tolak dalam tetingkap peta, atau klik pada peta dan gunakan roda tetikus anda.
    • Untuk zum masuk ke lokasi tertentu pada peta, dwiklik lokasi tersebut.
Tukar gaya petaexpando image
  1. Klik butang Peta Imej butang Peta pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Lakukan satu atau lebih daripada yang berikut:
    • Untuk melihat foto dari udara bagi kawasan peta semasa, klik Udara. Foto udara tidak tersedia untuk semua kawasan. Jika tiada foto udara dipaparkan, cuba zum masuk atau keluar daripada peta.
    • Untuk melihat peta jalan bagi kawasan peta semasa, klik Jalan raya.
    • Untuk menindankan keadaan trafik semasa pada peta, klik Trafik. Data trafik tersedia untuk kebanyakan kawasan metropolitan.
Tukar lokasi lalai andaexpando image
  1. Klik butang Peta Imej butang Peta pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Klik Pilihan.
  3. Taipkan alamat bagi lokasi yang anda mahu muncul apabila anda mengklik butang Peta, seperti alamat rumah anda.
  4. Klik Simpan.
Dapatkan arahan memandu dari lokasi lalai andaexpando image
  1. Klik butang Peta Imej butang Peta pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Setkan lokasi lalai anda ke tempat anda mahu memulakan perjalanan anda (seperti alamat rumah anda).
  3. Taipkan alamat destinasi anda ke dalam kotak di atas peta dan kemudian klik Gelintar.
  4. Peta akan beralih ke lokasi destinasi dan menyerlahkan alamat yang anda tentukan dengan pin tekan. Untuk membuka tapak web Peta Bing dan memaparkan arah memandu anda, tunjuk ke pin tekan dan kemudian klik Dapatkan arah di Bing.
Aktifkan atau nyahaktifkan lokasi yang disyorkanexpando image

Apabila anda melawat tapak web tertentu, seperti peruncit, butang Peta pada Bar Bing menunjukkan ikon baru. Apabila anda melihat ini, klik butang Peta untuk memaparkan lokasi yang berkaitan, seperti gedung terdekat peruncit dengan lokasi lalai anda. Jika anda tidak mahu Bar Bing mengesyorkan lokasi dengan cara ini, anda boleh mematikan cadangan.

  1. Klik butang Peta Imej butang Peta pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Klik Pilihan.
  3. Tandakan atau kosongkan kotak semak Petakan lokasi terdekat bagi perniagaan yang telah saya lawati tapak webnya.
  4. Klik Simpan.
Nota
  • Jika anda tidak melihat ciri-ciri yang diterangkan di sini, anda mungkin tidak mempunyai versi terkiniBar Bing. Untuk memasang, pergi ke Halaman muat turun Bar Bing.
  • Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Mengenai Bar Bing
Tidak dapat melihat Bar Bing
Pilih dan susun butang pada Bar Bing

See more videos...