Lihat laporan cuaca

Lihat laporan cuaca

Lihat keadaan cuaca semasa dan ramalan lima-hari pada Bar Bing.

Dengan butang Cuaca pada Bar Bing, anda boleh memaparkan keadaan cuaca dan ramalan untuk berbilang negara di seluruh dunia. Anda juga boleh memilih bandar lalai dan melihat keadaan cuaca semasanya sekilas pandang, dipaparkan pada butang Cuaca itu sendiri.

Lihat laporan cuacaexpando image

Butang Cuaca memaparkan perwakilan grafik secara automatik bagi keadaan cuaca semasa untuk lokasi lalai anda. Untuk mendapatkan maklumat cuaca lanjutan, lakukan salah satu daripada yang berikut:

  • Untuk melihat maklumat terperinci mengenai keadaan cuaca semasa dan ramalan lima hari untuk lokasi lalai anda, klik butang Cuaca Imej butan Cuaca pada Bar Bing.
  • Untuk melihat maklumat terperinci mengenai keadaan cuaca semasa di lokasi lain, klik butang Cuaca Imej butang Cuaca pada Bar Bing, dan kemudian klik butang anak panah kiri dan kanan untuk skrol melalui ramalan cuaca untuk mana-mana lokasi lain yang anda telah tambah.
Tambah lokasi atau tukar bandar lalai andaexpando image
  1. Klik butang Cuaca Imej butang Cuaca pada Bar Bing pada Bar Bing.
  2. Klik Pilihan.
  3. Lakukan satu atau lebih daripada yang berikut:
    • Untuk menambahkan bandar pada senarai, klik Tambah, taipkan nama bandar, klik Gelintar dan kemudian klik bandar yang anda inginkan.
    • Untuk menukar susunan paparan bandar apabila anda mengklik menerusi ramalan cuacanya, pilih bandar, dan kemudian klik butang anak panah atas dan bawah.
    • Untuk menukar bandar lalai anda, pilih bandar yang anda inginkan daripada senarai dan kemudian klik Jadikan Lalai. Cuaca bandar lalai anda sentiasa dipaparkan dalam butang Cuaca dan muncul pertama sekali apabila anda mengklik butang Cuaca pada Bar Bing.
  4. Klik Tutup.
Nota
  • Jika anda tidak melihat ciri-ciri yang diterangkan di sini, anda mungkin tidak mempunyai versi terkiniBar Bing. Untuk memasang, pergi ke Halaman muat turun Bar Bing.
  • Sesetengah ciri dan kefungsian yang dihuraikan di sini mungkin tidak terdapat di negara atau rantau anda.

Topik Berkaitan

Mengenai Bar Bing
Pilih dan susun butang pada Bar Bing

See more videos...